AstroTurf Hoki
USAS menyedari hakikat bahawa aktiviti sukan dan rekreasi adalah satu komponen penting dalam gaya hidup yang seimbang dan sihat kepada mahasiswa universiti. Kompleks sukan USAS dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan untuk mahasiswa dan staf USAS. Di antara kemudahan sukan termasuk stadium, padang turf hoki, padang bola sepak dan padang bola jarring, gelanggang bola tampar/ sepak takraw, gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang pingpong dan gimnasium. Kesemua kemudahan yang disediakan akan membantu para mahasiswa membina gaya hidup seimbang melalui aktiviti sukan dan rekreasi.