Pengenalan

USAS Bridging Centre (UBC) adalah merupakan satu platform untuk mana-mana individu yang berkelayakan dan berminat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui institusi swasta dan persendirian.

Idea asal penubuhan BBC ini adalah hasil lawatan kerja dan hubungan kerjasama USAS dengan IKDAR pada 25 Ogos 2020 telah membuka peluang-peluang untuk mengembangkan akademik dalam platform yang berbeza.

Latar Belakang Program

Penubuhan UBC ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Kali Ke-68, Bil.5/2020 pada 20 Okt 2020 dan mendapat kelulusan daripada JPN melalui surat No. Ruj: JPNPk.SSP.SPM.600-7/11 (74)

USAS melalui UBC menawarkan pakej pengajian 10 bulan dan menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2021 dan tahun-tahun seterusnya.