Pengenalan

USAS Bridging Centre (UBC) adalah merupakan satu platform untuk mana-mana individu yang berkelayakan dan berminat untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui institusi swasta dan persendirian. Idea asal penubuhan BBC ini adalah hasil lawatan kerja dan hubungan kerjasama USAS dengan IKDAR pada 25 Ogos 2020 telah membuka peluang-peluang untuk mengembangkan akademik dalam platform yang berbeza.

Latar Belakang Program

Penubuhan UBC ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Senat Kali Ke-68, Bil.5/2020 pada 20 Okt 2020 dan mendapat kelulusan daripada JPN melalui surat No. Ruj: JPNPk.SSP.SPM.600-7/11 (74) USAS melalui UBC menawarkan pakej pengajian 10 bulan dan menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2021 dan tahun-tahun seterusnya.

Perlaksanaan Program UBC

USAS Bridging Centre

  • Kelas akan dilaksanakan melalui 2 kaedah:
    • Kelas bersemuka, kelas harian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang
    • Bengkel pemantapan pelajar ( berdasarkan mata pelajaran)
  • Modul yang digunapakai mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
  • Penggubal Modul adalah terdiri daripada guru-guru pakar yang diambil daripada sekolah-sekolah menengah kerajaan ( guru pemeriksa kertas soalan, guru panatia subjek, guru-guru penggubal soalan)
  • Kapasiti bagi setiap kelas adalah 20 orang hingga 40 orang ( berdasarkan saiz kelas)
UBC menyediakan peluang pendidikan pantas dengan kemudahan yang selesa dan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang berkualiti.
  • Guru Berpengalaman ( Pembina Modul/ Pemeriksa Kertas SPM/ Panatia Subjek)
  • Bilik Kuliah yang selesa dan berhawa dingin
  • Kemudahan makmal Bahasa dan latihan menggunakan komputer (MS Office; Word, Excel, Power Point & Publisher)
  • Perpustakaan dan tempat riadah
  • Penginapan yang selesa
  • Kemudahan Perubatan
  • Dilindungi Takaful
  • Makanan Berkualiti
  • Warganegara Malaysia
  • Calon/pelajar telah menghafal sekruang-kurangnya 10 juzuk Al-Quran ( bagi lulusan tahfiz) atau
  • Calon persendirian (selain dari lulusan tahfiz tidak tertakluk kepada syarat ini)
  • Terbuka kepada lelaki atau perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun.
  • Menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
  • Mampu berdikari dan pandai mengurus diri.
  • Bersedia tinggal di asrama dan sanggup mematuhi peraturan institusi.